Faktor umur menjejaskan kesuburan! Lebih cepat anda menjalani ujian kesuburan lebih baik.
Semakin ramai wanita di Malaysia berkahwin dan melahirkan anak pertama di usia yang lebih lanjut kerana keutamaan mereka telah berubah ke arah mengejar kerjaya, lalu membawa kepada peningkatan jumlah wanita dan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berkaitan umur.
Apabila wanita meningkat usia, kesihatan kesuburan mereka menurun secara drastik. Kesihatan kesuburan adalah status atau kesediaan tubuh anda untuk hamil. Setiap wanita mempunyai peluang yang berbeza untuk hamil, dan peluang ini semakin menurun apabila usia meningkat disebabkan oleh status simpanan ovari mereka. Kapasiti ovari untuk menghasilkan telur yang sesuai untuk disenyawakan. Jadi, lebih cepat anda mengetahui status kesuburan anda, lebih mudah untuk anda merancang matlamat hidup dan keluarga.
EH! kongsikan tip mujarab untuk anda menjaga kesuburan demi melancarkan proses mendapatkan anak.