Gambar: INGimage
Terus terang saya katakan, saya berasa agak malu kerana saya sehingga kini masih tidak mahir memilih seluar dalam dan bra sendiri kerana sebelum ini ibu yang sentiasa membelinya untuk saya. Pertama kali membeli, saya tidak mencuba terlebih dulu dan akhirnya saya hanya pakai sekali sahaja kerana tidak gemar dengan bentuk mangkuknya. Untuk anda yang mengalami situasi seperti saya, di sini saya menyenaraikan beberapa tip untuk kita praktikkan bersama.
Tip Ketika Mencubanya
Jangan sesekali anda membeli bra tanpa mencubanya terlebih dahulu. Nilai keselesaannya dan sarungkan semula baju anda selepas mencubanya. Sekiranya bentuk payudara terletak dan nampak cantik, that’s the perfect bra for you.
TIP SOLEKAN YANG PERLU ANDA TAHU >>
Kenali Bentuk Payudara Anda
Sekiranya anda mempunyai saiz payudara yang besar, dawai di dalam mangkuk bra anda adalah sangat penting. Untuk mengelakkan payudara anda mengendur selari peningkatan usia, jangan sesekali membeli atau memakai bra tanpa dawai. Bra berdawai bukan sahaja boleh menampung payudara anda malah ia boleh memberikan bentuk yang lebih penuh dan sempurna kepadanya.
PANDUAN PEMILIHAN KASUT SUKAN >>
Push-up Bra
Sekiranya anda mempunyai saiz payudara yang bermangkuk C atau D, janganlah mengenakan bra push up atau bra yang mempunyai padding. Ia akan membuatkan saiz payudara akan menjadi terlebih besar dan memberikan bentuk yang pelik kepadanya. Push-up bra sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz payudara sederhana untuk menambahkan saiz cup dan memberi bentuk yang penuh kepada payudara.
CARA PENCUCIAN PAKAIAN YANG BETUL >>
G-String
Bukan semua gemar mengenakan g-string kerana ada yang merasakan ia tidak selesa untuk dikenakan. Jangan membazir dengan membeli terlalu banyak g-string, mulakan dengan membeli sehelai sewaktu jualan murah. Sekiranya anda rasa selesa mengenakannya, barulah anda beli lagi mengikut keperluan. Dinasihatkan untuk g-string, janganlah anda membeli yang terlalu murah kerana fabriknya yang rendah kualiti mungkin akan merengsakan bahagian sulit anda.
KEKAL TRENDY DENGAN BAJU NENEK ANDA >>
Seamless
Oleh kerana garisan seluar dalam anda akan mencacatkan gaya sekiranya anda mengenakan pakaian yang ketat, setiap wanita harus memiliki seluar dalam seamless. Bukan itu sahaja, anda perlu mengelakkan lace bra ketika mengenakan pakaian yang ketat kerana tekstur fabriknya akan jelas kelihatan di permukaan baju anda.