Pengguna telefon pintar semestinya ingin tahu tip untuk penjimatan bateri telefon mereka. Bateri iPhone atau mana- mana telefon pintar lain cepat habis apabila kita tidak prihatin kepada cara menjaga dan menggunakan telefon bimbit dengan baik. EH! berkongsi tip untuk menjimatkan bateri iPhone atau telefon pintar.
1. Tutup Wifi
Matikan wi-fi telefon pintar anda kerana wi-fi akan terus mencari mana-mana
rangkaian di sekeliling jika anda tidak mematikan butang wi-fi di iPhone
lantas menyebabkan bateri iPhone cepat kehabisan.
2. Tutup 3G
Tidak hairanlah jika bateri iPhone anda cepat habis kerana penggunaan 3G
yang memerlukan kelajuan data yang pantas menjadi faktor kehabisan bateri.
Tutup 3G apabila tidak digunakan atau di kawasan tiada liputan untuk 3G.
3. Malapkan lampu skrin
Kecerahan lampu skrin telefon mudah alih boleh mencepatkan kehabisan bateri
telefon anda. Malapkan ia untuk penjimatan bateri telefon dengan lebih
berkesan.
4. Aplikasi Battery Doctor
Muat turun aplikasi Battery Doctor di iTunes secara percuma kerana aplikasi
ini membantu anda untuk menjaga kesihatan bateri telefon pintar anda.
Gambar: resexcellence.com
5. Tutup segala aplikasi yang terbuka
Pengguna iPhone semestinya tahu bagaimana cara untuk menutup aplikasi yang
terbuka dengan menyentuh butang ‘Home’ sebanyak dua kali dan aplikasi yang
tidak ditutup akan dipamerkan di skrin telefon anda. Aplikasi telefon yang
tidak ditutup sememangnya memakan bateri.