Gamabar: INGimage
Senaman adalah cara yang paling berkesan untuk anda kurus secara sihat. Tetapi ramai tidak mampu bersenam dengan alasan sibuk bekerja atau tidak ada masa. Lebih-lebih lagi kepada anda yang selalu mengalami sakit atau terasa sengal di bahagian otot.
EH! kongsi tip kepada anda cara mudah untuk bersenam yang tidak akan membuat anda berasa terlalu letih atau penat.
KARDIO Mungkin sudah terlalu lambat untuk anda melakukan senaman berat, selain dikuatiri boleh menyebabkan kecederaan berpanjangan. Oleh kerana itu, senaman kardio yang melibatkan kaki adalah senaman terbaik yang dapat menganjalkan kesemua bahagian tubuh.
BAIK UNTUK JANTUNG DAN PARU-PARU Dalam masa dua bulan ini, amalkan berjalan, berlari, berbasikal serta melompat. Kesemua aktiviti ini boleh membakar kalori dengan cepat serta menurunkan berat badan.
KATAKAN TIDAK PADA PERUT BUNCIT! Ini adalah masalah utama wanita kerana lemak sering berkumpul di perut yang menyebabkan anda malu untuk menyarung busana perkahwinan dengan baik. Latih tubi atau ‘sit-up’ 30 kali sehari dapat mengempiskan perut.
JANGAN DUDUK BONGKOK Paling mudah dan berkesan! Jangan duduk membongkok ketika berada di depan meja kerja mahupun ketika makan. Sewaktu duduk, amalkan mengemut otot perut untuk melatih otot pada bahagian itu menjadi tegang dan kuat.