Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)
Daripada 30 orang finalis, kini hanya tinggal 10 orang finalis teratas yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 (PWM 2019). Mari kita lihat wajah-wajah finalis Top 10 yang bakal berentap untuk merebut gelaran Ikon Wanita tahun ini.
Plaza Shah Alam menjadi medan pertempuran buat 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 untuk melayakkan diri ke peringkat akhir 12 Mac lalu dan 10 orang finalis berjaya mara ke peringkat akhir.
30 peserta separuh akhir telah dinilai daripada aspek keterampilan, IQ, skil komunikasi, dan catwalk. Penilaian dilakukan oleh juri-juri berkebolehan seperti Puan Azura (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM) dan Puan Farrah Dayana (Ketua Projek PWM 2019).
Finalis Top 10 yang terpilih ke peringkat akhir pada 20 April 2019 akan terlibat dalam sesi-sesi tertentu seperti kelas solekan, grooming dan etika serta cabaran fizikal sebagai persiapan untuk ke peringkat akhir.
Sementara menanti peringkat akhir, apa kata kita kenali finalis Top 10 yang bakal berentap untuk merebut gelaran Ikon Wanita pada tahun ini menerusi senarai yang EH! kumpulkan ini.