Saban tahun Skytrax syarikat perundingan penerbangan yang berasaskan di United Kingdom akan menilai setiap penerbangan di dunia dan tahun ini Skytrax menobatkan sebuah syarikat penerbangan dari Asia sebagai nombor 1 terbaik di dunia.
Singapore Airlines kini kembali berada di tangga teratas dalam senarai syarikat penerbangan terbaik dunia untuk tahun 2018. Syarikat penerbangan dari Asia ini menerima anugerah tersebut sebelum ini pada tahun 2008. Ia berjaya mengalahkan juara tahun lalu iaitu Qatar Airways ke tangga kedua.
Bukan hanya menjuarai senarai kali ini, malah Singapore Airlines turut membawa pulang tiga lagi anugerah lain termasuklah Best First Class, Best Airline in Asia dan Best First Class Seat.
Qatar yang menjuarai pada tahun 2015, 2012 dan 2011 serta 2017 tidak pulang dengan tangan kosong dengan Group CEO Akbar Al Baker turut naik turun dari pentas untuk menerima anugerah.
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Doha ini membawa pulang anuegrah Best Business Class, Best Airline in the Middle East dan Best Business Class Seat. Kemenangan Singapura menandakan kebangkitan semula syarikat penerbangan Asia, yang telah bersaing dengan rakan-rakan Timur Tengah mereka untuk menguasai sejak pengulas industri penerbangan yang berpangkalan di United Kingdom Skytrax memulakan penganugerahannya yang menerima undian dari penumpang bermula sejak tahun 2001.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah dari Malaysia turut dengan membangga tersenarai di antara anugerah yang dipertandingkan oleh Skytrax iaitu untuk Best Low Cost Airlines.
EH! kongsikan senarai penuh TOP 10 penerbangan terbaik untuk tahun ini serta kategori anugerah yang lain.