1. Komunikasi Yang Lemah
Komunikasi yang lemah adalah antara tanda awal red flag sebelum berkahwin yang tidak sepatutnya diteruskan oleh orang yang ingin ke arah hubungan serius. Jika pasangan anda kerap memberikan layanan senyap atau berkomunikasi seperti dipaksa, ia akan menjadi isu perpecahan dalam perkahwinan nanti.
Komunikasi adalah penting untuk punyai hubungan yang berjaya dan bahagia. Sebelum berkahwin, anda dan pasangan haruslah punyai komunikasi yang kukuh antara satu sama lain. Tidak kira sama ada berita baik atau buruk, berlaku jujur dan terus terang dengan pasangan perlu, kerana ia akan membina kepercayaan antara satu sama lain.