3. Tiada Kesetiaan & Kepercayaan
Ketidaksetiaan adalah salah satu red flag yang sangat & perlu dielak sebelum berkahwin. Jika anda berada dalam hubungan yang komited ke arah perkahwinan, kesetiaan daripada kedua-dua pasangan sepatutnya tidak boleh dirundingkan lagi. Apabila pasangan anda setia dan mengelak daripada bermain perasaan dengan orang lain, ia akan membina perasaan percaya dan selamat serta berasa yakin untuk meneruskan perkahwinan.