Ada sesuatu yang begitu menenangkan tentang bunyi ombak, bayu laut dan panorama biru terbentang luas sejauh mata memandang.
Di saat dunia bergerak terlalu pantas, percutian di resort hotel tepi laut menjadi ruang sempurna untuk memperlahankan waktu… menikmati pagi yang damai, makan malam kala matahari terbenam dan momen eksklusif jauh daripada hiruk-pikuk kota.
Daripada vila mewah menghadap lautan hingga resort tersembunyi dengan suasana tropika yang memukau, setiap destinasi hadir dengan pesona tersendiri.
Raikan kemewahan, ketenangan dan escapism moden. EH! memilih tujuh resort hotel dengan pemandangan laut terbaik di Malaysia yang menjanjikan percutian penuh estetika dan memori indah untuk diabadikan.
Royal Resort Semporna
Terletak di perairan jernih Semporna, resort ini menawarkan pengalaman island escape yang cukup menenangkan dengan suasana ala Maldives versi tropika Malaysia. Royal Resort Semporna terkenal dengan chalet atas air yang terus menghadap laut biru kehijauan, lengkap dengan balkoni peribadi untuk menikmati sunrise dan sunset tanpa gangguan.
Bilik penginapannya tampil minimal moden dengan sentuhan kayu tropika yang memberi suasana cozy dan intimate. Sesetengah suite hadir bersama bathtub menghadap laut, menjadikan pengalaman mandi lebih relaks dan eksklusif. Vibenya cukup santai, sesuai untuk pasangan yang mahukan percutian romantis atau healing trip jauh dari kesibukan kota. Harga penginapan kebiasaannya bermula sekitar RM500 hingga RM1,200 satu malam bergantung kepada jenis vila dan musim percutian.
Mandarin Oriental, Desaru Coast
Menghadap Laut China Selatan dengan landskap pantai yang luas dan tenang, Mandarin Oriental Desaru Coast membawa estetika resort mewah kontemporari yang sophisticated tetapi tetap dekat dengan elemen alam semula jadi. Seni bina resort ini banyak bermain dengan pencahayaan natural, ruang terbuka dan material kayu yang memberi aura eksklusif namun nyaman.
Setiap bilik dan suite direka luas dengan interior elegan dalam tona neutral, manakala vila peribadi mereka hadir bersama private pool serta bathtub besar untuk pengalaman spa-like retreat. Suasana di sini lebih refined dan quiet luxury, sesuai untuk mereka yang sukakan percutian premium tanpa terlalu crowded. Harga penginapan sekitar RM2,000 hingga mencecah lebih RM6,000 satu malam untuk vila eksklusif.
The Ritz-Carlton, Langkawi
Tersembunyi di tengah hutan hujan tropika dan menghadap Laut Andaman, The Ritz-Carlton Langkawi menawarkan suasana yang cukup cinematic dan eksotik. Resort ini terkenal dengan gabungan elemen alam semula jadi, budaya Melayu serta servis bertaraf ultra-luxury yang memberi pengalaman menginap sangat eksklusif.
Bilik penginapannya tampil moden dengan sentuhan kayu gelap dan dekorasi berinspirasikan warisan tempatan. Banyak vila hadir bersama infinity pool peribadi, outdoor bathtub dan dek menghadap laut atau hutan hujan. Vibe di sini terasa sangat secluded dan dreamy, terutama ketika menikmati sunset di atas laut. Harga penginapan bermula sekitar RM2,500 dan boleh mencecah lebih RM10,000 satu malam untuk vila premium.
The Taaras Beach & Spa Resort
Jika mahukan suasana percutian pantai klasik dengan pasir putih halus dan laut kristal jernih, The Taaras Beach & Spa Resort antara pilihan paling ikonik di Malaysia. Resort ini terletak di lokasi lebih privasi di Pulau Redang, menjadikan suasananya cukup eksklusif dan damai.
Bilik-biliknya tampil lebih resort-style tropical luxury dengan tona cerah dan ruang luas yang memberi rasa nyaman. Ada suite tertentu yang dilengkapi bathtub besar serta balkoni menghadap pantai. Aktiviti di sini banyak tertumpu kepada pengalaman laut seperti snorkeling, diving dan island hopping. Harga penginapan biasanya sekitar RM1,200 hingga RM4,000 satu malam bergantung kepada jenis suite dan musim.

Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Anantara Desaru Coast memiliki aura moden tropika yang lebih sleek dan stylish, menjadikannya antara resort pilihan untuk luxury staycation dengan sentuhan lifestyle kontemporari. Menghadap terus pantai Desaru yang panjang dan tenang, resort ini cukup popular dalam kalangan pasangan serta keluarga yang mahukan suasana resort eksklusif tetapi santai.
Vila dan residence mereka tampil dengan konsep indoor-outdoor living, lengkap bersama private plunge pool, ruang santai luas dan bathtub elegan. Pemandangan laut serta kehijauan tropika di sekeliling resort menjadikan suasana di sini terasa sangat calming. Harga penginapan bermula sekitar RM1,800 hingga RM7,000 satu malam bergantung kepada kategori bilik dan vila.
The Datai Langkawi
The Datai Langkawi terkenal sebagai antara resort paling mewah dan eksklusif di Asia Tenggara. Terletak di tengah hutan hujan berusia jutaan tahun dan menghadap pantai persendirian Datai Bay, resort ini menawarkan pengalaman yang lebih intimate, tenang dan sangat dekat dengan alam.
Setiap vila direka dengan elemen kayu tropika mewah dan pencahayaan malap yang memberi suasana sangat sophisticated. Ada vila dengan private pool, bathtub besar serta ruang terbuka yang menghadap hutan atau laut. Berbeza dengan resort pantai biasa, vibe di The Datai terasa lebih understated luxury, sunyi, eksklusif dan sangat privasi. Harga satu malam lazimnya bermula sekitar RM3,500 hingga melebihi RM12,000 untuk vila premium.

Hilton Burau Bay Langkawi Resort
Dikelilingi kehijauan bukit batu kapur dan pantai yang lebih hidden, Hilton Burau Bay Langkawi Resort menawarkan suasana resort tropika yang lebih laid-back dan family-friendly. Lokasinya yang menghadap laut memberikan panorama sunset yang cukup cantik terutama pada waktu petang.
Bilik penginapannya hadir dengan dekorasi moden resort-style yang selesa dan praktikal, manakala beberapa suite menawarkan bathtub serta balkoni dengan pemandangan laut. Resort ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana lebih santai dengan akses mudah ke aktiviti pantai dan alam semula jadi sekitar Langkawi. Harga penginapan biasanya bermula sekitar RM600 hingga RM1,500 satu malam.















