Truecaller, aplikasi ID pemanggil dan penghalang spam dari Sweden, telah melancarkan kempen tahunan anti gangguan seksual – #ItsNotOk – di Malaysia, bersempena bulan Wanita Sedunia.
Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan mangsa melaporkan tentang gangguan seksual, terutamanya yang berlaku melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas. Menurut statistik daripada Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), terdapat 162 aduan mengenai gangguan seksual pada 2020, kenaikan mendadak sebanyak 218% daripada jumlah keseluruhannya dari tahun 2017 hingga 2019.
Daripada kes-kes gangguan seksual yang dilaporkan, kebanyakannya memberitahu teman rapat (54%) atau ahli keluarga (51%), berbanding melaporkan kepada pihak polis (15%). Sehingga kini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk gangguan seksual, seterusnya mengakibatkan banyak kes tidak dilaporkan kerana ramai tidak pasti sekiranya mereka akan mendapat keadilan, atau punya sokongan masa dan kewangan untuk membela diri di bawah undang-undang sedia ada.
Baca: Aplikasi Untuk Pasangan Yang Jauh Di Mata Agar Dekat Di Hati