Truecaller menawarkan ciri ID pemanggil yang mengenal pasti nombor yang tidak dikenali dari individu atau syarikat sebelum pengguna menerima panggilan tersebut. Pengguna akan dapat melihat identiti sebenar setiap panggilan tidak kira di mana mereka berada, sama ada panggilan tersebut adalah daripada talian darat, mudah alih atau prabayar.
Selain itu, ciri penghalang spam pada aplikasi ini juga melindungi pengguna daripada panggilan dan SMS yang tidak diingini. Mangsa gangguan seksual boleh memanfaatkan gabungan ciri-ciri ini untuk menghalang individu yang mengganggu mereka melalui telefon. Aplikasi ini juga mempunyai aspek komuniti yang unik untuk melaporkan nombor dalam masa sebenar bagi melindungi pengguna-pengguna Truecaller lain. Mereka yang memerlukan bantuan lanjut untuk menangani insiden gangguan seksual boleh menghubungi AWAM yang menyediakan khidmat kaunseling dan penasihatan undang-undang secara percuma.
Truecaller melancarkan kempen #ItsNotOk setiap tahun di seluruh dunia, dan tahun ini mereka memutuskan untuk mengembangkan sayapnya di Malaysia bagi meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang berleluasa ini. Truecaller membantu orang ramai untuk lebih memahami tentang siapa yang sedang menghubungi mereka, dan perkhidmatan percuma ini dapat membantu mencegah komunikasi yang tidak diingini. Semua orang, tidak kira lelaki atau wanita, perlu menentang gangguan seksual dan berusaha untuk menjadikan komunikasi lebih selamat dan berkesan.