Coway memperkenalkan sebuah koleksi penulen udara yang dibangunkan berlandaskan Personalised Air-Care, satu pendekatan yang memahami bahawa setiap rumah mempunyai dinamik, keluasan dan keperluan yang berbeza.
Dalam ritma kehidupan kota yang sentiasa bergerak pantas, kita sering memberi perhatian kepada apa yang boleh dilihat. Susun atur rumah yang kemas, dekorasi yang cantik, pencahayaan yang sempurna. Namun, ada satu hal penting yang jarang diberi perhatian walaupun ia hadir setiap saat dalam hidup kita iaitu udara yang kita sedut.
Tanpa disedari, ruang kediaman boleh memerangkap habuk halus, bau yang tidak menyenangkan serta partikel mikroskopik seperti mikroplastik, iaitu serpihan kecil yang terhasil daripada pecahan bahan plastik di persekitaran. Partikel-partikel ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun boleh berkumpul terutama apabila pintu dan tingkap lebih kerap tertutup, menjadikan pengudaraan semula jadi semakin terhad.
Hari ini, udara bersih bukan lagi sekadar satu kemewahan tambahan, tetapi asas kepada kesejahteraan harian sama ada ketika berehat selepas hari yang panjang, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, atau ketika bekerja dari rumah. Menyedari hakikat bahawa setiap ruang mempunyai keperluan yang berbeza, Coway memperkenalkan tiga pilihan penulen udara baharu yang direka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya hidup dan saiz ruang agar keselesaan dapat dirasai dalam setiap nafas, setiap hari.
Coway Studio

Bagi profesional urban, pasangan muda atau mereka yang baru melangkah ke rumah pertama, ruang mungkin tidak terlalu besar namun keselesaan tetap menjadi keutamaan. Penulen udara Coway Studio direka khusus untuk ruang sehingga 818 kaki persegi, menjadikannya pilihan ideal untuk bilik tidur, ruang kerja atau apartmen yang menitikberatkan estetika dan fungsi.
Dilengkapi teknologi udara HyperVortex™ aliran udara yang dihasilkan memastikan udara bersih sentiasa beredar tanpa mengganggu suasana tenang ruang peribadi. Sistem Triple Defense Filtration pula menggabungkan Pre-Filter, Green True HEPA dan Activated Carbon Filter untuk menapis habuk, rambut, partikel ultra halus sehingga 0.01 mikron serta mengurangkan bau dan gas berbahaya dengan keupayaan menyingkir sehingga 99.999% kekotoran udara seperti virus dan alergen.
Rekaan 360˚ Purification membolehkan udara disedut dari semua arah, jadi anda boleh meletakkannya di sudut bilik atau rapat ke dinding tanpa menjejaskan keberkesanan. Dengan tahap bunyi hanya 21.6 dB, ia beroperasi lebih senyap daripada bisikan, sempurna untuk waktu tidur atau saat anda memerlukan fokus penuh. Ringan pada 7.8 kg dan hadir dalam pilihan Porcelain White atau Sand Beige, Penulen udara Coway Studio bukan sekadar penulen udara biasa tetapi elemen gaya yang menyatu harmoni dalam ruang moden.
Coway Suite

Apabila ruang semakin luas dan keluarga semakin bertambah, keperluan udara bersih menjadi lebih menyeluruh. Penulen udara Coway Suite direka untuk meliputi sehingga 990 kaki persegi sesuai untuk ruang tamu, ruang makan atau kediaman yang menjadi tempat aktiviti harian.
Penulen udara Coway Suite mengekalkan teknologi penapisan yang sama seperti penulen udara Coway Studio, namun hadir dengan fungsi tambahan yang lebih mesra keluarga. Paparan pintar membolehkan anda melihat indeks kualiti udara (PM) dan jangka hayat penapis secara masa nyata memberi keyakinan bahawa udara yang disedut seisi keluarga sentiasa dalam keadaan optimum.
Walaupun mempunyai kuasa aliran udara yang lebih besar, penulen udara Coway Suite tetap beroperasi dengan senyap pada 23.7 dB, memastikan suasana perbualan, waktu menonton televisyen atau saat santai bersama keluarga tidak terganggu. Tambahan roda terbina memudahkan ia dialihkan antara ruang, manakala tetapan masa fleksibel dari satu hingga dua belas jam membolehkan anda menyesuaikan operasi mengikut rutin harian. Rekaannya kekal minimalis dan elegan, menjadikannya pelengkap sempurna untuk ruang keluarga moden yang mengutamakan keseimbangan antara fungsi dan gaya.
Coway Atrium

Bagi ruang yang lebih luas seperti pejabat, klinik, kafe atau kediaman berkonsep terbuka, penulen udara Coway Atrium menawarkan kapasiti penapisan sehingga 1,250 kaki persegi dan memastikan setiap sudut ruang besar kekal segar dan bersih.
Penulen udara Coway Atrium direka dengan sistem tenaga cekap 65W serta penapis komposit dwi yang mampu bertahan sehingga dua belas bulan, menjadikannya sesuai untuk penggunaan intensif sepanjang hari. Pemegang tersembunyi dan roda berkunci pula memudahkan ia dipindahkan antara ruang mesyuarat, dewan terbuka atau kawasan berbeza tanpa perlu usaha yang berat.
Dengan kemasan matte premium dalam pilihan Porcelain White, Sand Beige atau Pebble Gray, Atrium tampil profesional dan sleek, sesuai untuk persekitaran komersial mahupun kediaman moden yang luas.
Keselesaan Yang Lebih Praktikal
Melalui penulen udara baharu, Coway menekankan bahawa penjagaan udara tidak seharusnya bersifat ‘satu untuk semua’. Setiap ruang mempunyai karakter dan keperluan tersendiri. Apartmen kecil di tengah kota memerlukan solusi yang lebih kompak dan senyap, berbeza dengan rumah keluarga yang sentiasa aktif dengan pergerakan anak-anak serta rutin harian yang dinamik. Begitu juga ruang komersial atau pejabat terbuka yang luas, yang memerlukan kapasiti lebih besar bagi memastikan kualiti udara kekal konsisten sepanjang hari walaupun menerima kehadiran ramai orang.
Setiap model dalam siri ini direka dengan fungsi, kapasiti dan ciri yang disesuaikan mengikut cara hidup penggunanya. Bukan sekadar memenuhi spesifikasi teknikal, tetapi benar-benar mengambil kira bagaimana ruang itu digunakan. Apabila ruang terasa lebih segar dan selesa, kita dapat memberi tumpuan kepada perkara yang lebih bermakna berehat dengan lebih lena, bekerja dengan lebih fokus, dan meluangkan masa bersama insan tersayang dengan rasa tenang.
Menariknya, pengalaman udara bersih ini kini lebih mudah diakses dengan pelan sewaan yang bermula hanya RM49 sebulan, menjadikannya satu pilihan yang lebih praktikal untuk pelbagai lapisan gaya hidup sama ada untuk individu yang baru memulakan kediaman sendiri, keluarga yang ingin meningkatkan keselesaan rumah, mahupun pemilik perniagaan yang mahu memastikan persekitaran lebih selesa untuk pelanggan dan pekerja.
Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan model, pakej sewaan dan khidmat penyelenggaraan, anda boleh menghubungi talian rasmi Coway atau melayari laman web mereka bagi mendapatkan perincian yang lebih lengkap.
Artikel Berkaitan: Coway, Hadirkan ‘Home Wellness Living’ Di EH!TOP20
