Under Armour julung kalinya mengadakan pertandingan UA COMBINE, mengetengahkan lapan tahap ujian ketahanan buat atlet sukan dan orang ramai pada bulan September ini.
Acara sukan ketahanan ini akan berlangsung di empat buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Australia dan Thailand. UA Musim COMBINE 2022 akan memulakan jelajahnya di Singapura terlebih dahulu pada 20 Ogos, dan kemudian diteruskan di Kuala Lumpur pada 3 September, Sydney pada 17 September, dan Bangkok pada 1 Oktober 2022.
Pendaftaran untuk UA COMBINE 2022 akan dibuka kepada 300 peserta (150 lelaki dan 150 perempuan) setiap acara. Semua atlet yang mengambil bahagian dalam UA COMBINE akan menerima kit pesaing Under Armour dari kepala ke kaki.
Atlet yang bertanding dalam UA COMBINE akan ditugaskan untuk mengambil bahagian dalam sejumlah lapan ujian fizikal dan mental. Setiap ujian akan mencabar ketangkasan, stamina, vertical, kuasa, daya tahan, kekuatan, kelajuan dan kognisi atlet.
Mata narkah akan diperolehi untuk setiap ujian yang telah selesai dan atlet akan disenaraikan mengikut keputusan akhir. Pingat dan hadiah wang tunai UA COMBINE 2022 akan diberikan kepada tempat pertama, ke-2 dan ke-3.
Antara 8 ujian fizikal dan mental:
- KETANGKASAN: Ujian Arrowhead Change-of-Direction Speed
- STAMINA: Ujian Pull-up Beep
- VERTICAL: Ujian Standing Vertical Leap
- KUASA: 20m Sled Push
- KETAHANAN: 20m Beep Test
- KEKUATAN: 3RM Bench Press
- KELAJUAN: 40 Yard Dash
- KOGNISI: Ujian Reaction Inhibition
Pendaftaran UA COMBINE:
Yuran pendaftaran untuk menyertai UA COMBINE tersedia maklumat di laman web rasmi Under Armour. Penyertaan terbuka kepada 300 peserta (150 lelaki dan 150 perempuan) dan akan diadakan pada 3 September, di Spacerubix Kuala Lumpur, Puchong (dahulunya dikenali sebagai iM4U Sentral).
Untuk maklumat lanjut mengenai UA COMBINE 2022, termasuk peraturan pertandingan dan cara mendaftar, sila layari laman web rasmi Under Armour atau ikuti @underarmoursoutheastasia menggunakan UACombineMY.
Artikel berkaitan: Lima Petua Untuk Mendapatkan Tidur Yang Lena