Samsung memperkenalkan Galaxy S25, pilihan yang sempurna kerana ia direka untuk memudahkan kehidupan seharian.
Galaxy S25 kelihatan hampir sama dengan model sebelumnya, dan spesifikasinya di dalam juga hampir serupa, kecuali beberapa penambahbaikan kecil. Namun, atas sebab tertentu, Galaxy S25 terasa jauh berbeza dan dengan mudah menjadi salah satu peranti pintar kegemaran saya.
HARGA
Saya tahu hal pertama yang anda mahu tahu semestinya tentang harga. Samsung Galaxy S25 kini dijual pada harga RM3,999 untuk versi 256GB dan RM4,599 untuk versi 512GB.
REKAAN
Model ini hadir dalam empat warna standard, iaitu Navy, Silver Shadow, Icy Blue, dan Mint, dengan tambahan warna eksklusif seperti Blue Black, Coral Red, dan Pink Gold.
Reka bentuknya yang anggun dan tahan lasak diperkukuhkan dengan kemasan logam pada rangka aluminium ringan serta kaca paparan Gorilla Glass Victus 2, memberikan perlindungan kukuh tanpa kesan cap jari yang mengganggu.
KAMERA
Galaxy S25 dilengkapi dengan tiga kamera belakang dan satu kamera hadapan yang sederhana tetapi mencukupi: kamera utama 50MP, ultralebar 12MP, telefoto 3X 10MP, dan kamera swafoto 12MP. Ini lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan penciptaan kandungan.
Kamera utama 50MP benar-benar menyerlah, memberikan kualiti gambar yang menakjubkan walaupun dalam pencahayaan rendah. Kamera ultralebar 12MP juga patut diberi perhatian, kerana imej kekal tajam tanpa kehilangan kualiti atau vignette yang sering dikaitkan dengan lensa ultralebar.
PRESTASI
Asas kepada siri ini ialah Snapdragon 8 Elite Mobile Platform for Galaxy, yang menggerakkan pemprosesan pada peranti untuk pengalaman AI yang lebih responsif. Seperti model lain dalam siri ini, S25 dilengkapi dengan RAM standard 12GB serta pilihan storan 256GB atau 512GB.
Dibantu oleh cip Snapdragon 8 Elite dan perisian One UI 7 yang direka semula, bateri 4,900mAh pada S25 dijangka menawarkan jangka hayat yang lebih lama.
Samsung Galaxy S25 kini tersedia di stor dan dalam talian
Baca: Impresi Awal Saya Terhadap Samsung Galaxy S25+