Seorang peragawati yang bernama Viktoria Odintcova telah melakukan aksi lagak ngeri atau boleh kata berani mati di sebuah bangunan tertinggi di Dubai baru-baru ini.
Aksi gadis tersebut ternyata mengundang komen dan reaksi ramai kerana dia langsung tidak memakai sebarang alat keselamatan. Kini dia Odintcova sudah pun dipanggil oleh pihak polis dan dia diberikan amaran supaya tidak lagi melakukan perkara tersebut di mana-mana lokasi di negara membangun itu.
Jika dia berani melakukannya sekali lagi, dia boleh dikenakan saman kerana dia sudah menandatangani satu perjanjian bersama pihak berkuasa di sana.
Odintcova telah melakukan aksi berani mati di Menara Canyan yang berketinggian 73 tingkat. Menerusi video tersebut, peragawati dari Rusia ini hanya berpaut pada sebelah tangan seorang lelaki yang berkemungkinan pembantunya.
Dia menyatakan yang mana aksi tersebut bukan untuk mencari publisiti, sebaliknya mahu mengurangkan rasa gayat. Tonton video tersebut di bawah.