Video rakaman seorang anak kapal syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia menari di dalam pesawat nyata menjadi perhatian dunia.
Pramugara yang bernama Assraf Nasir dikatakan telah merakam dirinya menari lagu bertajuk Toxic nyanyian Britney Spears dan boleh kata sekarang ini ia sudah menular di laman sosial Facebook, Instagram serta Twitter.
Beberapa laman sosial antarabangsa seperti 9Gag serta beberapa akaun sosial milik personaliti terkenal turut memuat naik video tersebut dan sehingga kini ia berjaya meraih hampir 14 juta tontonan.
https://www.instagram.com/p/BRz0GSTjsNr/?taken-by=9gag
Menerusi video tersebut, Assraf dikatakan telah memainkan watak seorang kru penerbangan yang dimainkan oleh Britney di dalam video muzik asal lagu tersebut.
Bahkan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes turut memuat naik video tersebut dan dalam masa yang sama memuji bakat Assraf yang pandai menari.
Nyata ramai yang cukup terhibur dengan video rakaman tersebut dengan komen-komen yang diujarkan di dalam ruangan komen video tersebut.