Walaupun minat anda mendalam dalam perihal kenderaan, namun anda harus ingat cara untuk menjaga kereta sewaktu berada dalam saat genting, seperti apa yang terjadi dalam kehidupan harian kita buat masa . EH! beriskan beberapa tip berguna anda boleh dipraktikkan di rumah.
Bersihkan sampah-sarap dalam kereta
Sebelum ini, plastik pembungkusan makanan atau beg kertas barangan belian bersepah dalam kereta. Tak ada masa hendak kemas! Jadi, masa inilah paling sesuai untuk anda ‘Spring Cleaning’ kenderaan anda, kerana sampah akan menarik serangga perosak untuk bersarang. Sambil bersih, jangan lupa semburkan sanitizer untuk langkah berjaga-jaga.
Sila hidupkan enjin sekali-sekala
Ingat jika kereta tidak dipanaskan enjin, akan berlaku komplikasi terutama bateri kereta dan ini akan menyusahkan hidup anda di kemudian hari. Mudah hanya hidupkan enjin selama 10 minit dan jangan hidupkan pendingin hawa.
Periksa tayar kereta
Kereta yang tidak bergerak mengundang kepada kekurangan angin pada tayar, seeloknya tayar disemak tekanan sekali seiap dua minggu.
Naikkan Windscreen Wiper
Jika selama ini, anda tertanya kenapa perlu tegakkan Windscreen Wiper ketika parkir di kawasan luar, ini kerana jika kenderaan yang tidak bergerak lama dan berada di tempat tidak berbumbung akan menyebabkan pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan dan getah akan mula haus, keras dan tidak lagi berkesan.
Kembara Bersama Mercedes
Syoknya jika diberikan ‘Green Light’ untuk bersiar bersama kenderaan kesayangan. Redah kesesakan lalu-lintas atau pulangke kampung halaman. Sebelum PKP berlangsung, EH! diberi peluang untuk melakukan pandu uji kenderaan mewah premium, Mercedes Benz.
Mercedes Benz sering dihujani pujian oleh para pengkritik dalam industri automatif kerana kehebatan dalam mengeluarkan sebuah kenderaan berteknologi canggih dan moden. Antara model yang sering meraih perhatian di pasaran adalah model A-Class dan C- Class sama ada Hatchback, Sedan, Coupe atau SUV.
Klik butang ‘Next’ untuk ketahui lebih lanjut!