Ruang dalam rumah yang harum pasti menjadi idaman setiap individu. Tahun baru bakal tiba, ini masanya untuk menjadikan ruang rumah anda berbau harum dengan wangian reed diffuser EH! senaraikan.
Setiap ruang rumah pasti ada bau tersendiri. Ruang yang harum semestinya dapat menukar mood seseorang itu ke arah lebih baik walaupun selepas menjalani hari yang penat di luar rumah. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ruang rumah berbau tidak menyenangkan seperti daripada haiwan kesayangan, pakaian yang lembap, sampah di dapur dan paling utama punca bauan itu jika tidak cukup pengudaraan akibat ruangan rumah tertutup.
Sama seperti lilin wangi, reed diffuser menggunakan kuasa bau untuk mengubah ruang di dalam rumah anda menjadi harum dan menyenangkan sebaik sahaja anda melangkah masuk ke pintu. Tetapi tidak seperti lilin, memerlukan perhatian berterusan apabila dinyalakan, reed diffuser ini mengeluarkan wangian berterusan melalui lidi dalam botol yang boleh anda nikmati bauannya sepanjang hari. Sempena tahun baru yang bakal menjelma, mulakan permulaan baru dengan haruman baru. Reed diffuser daripada negara kita sendiri ini semestinya menjanjikan persekitaran yang segar, dan cara yang mudah menjadikan rumah berbau harum. EH! senaraikan wangian reed difuser lokal perlu anda cuba.
1. Lilin + co
Reed difuser buatan tangan Lilin+Co direka untuk memperkayakan suasana dengan kehangatan yang menawan dan meningkatkan mana-mana ruang dengan mudah. Direka untuk mewangikan rumah dan ruang komersial sepanjang hari dengan penyelenggaraan yang rendah dan tiada nyalaan. Didatangkan dalam botol 200ml dan lapan batang buluh nipis, wangian mereka dibuat dengan pelarut eko dengan ketoksikan rendah dan minyak wangi yang diperakui IFRA yang bebas phthalate. Didatangi dengan sembilan wangian seperti eucalyptus & pine, vanilla bourbon, neroli & ylang ylang dan banyak lagi pasti membuatkan anda teruja untuk menggunakannya.
2. Eartheories
Reed diffuser buatan Eartheoris membenarkan aroma terus meresap ke udara di seluruh ruang di dalam rumah. Hadir dengan pelbagai haruman di dalam botol kaca 230ml yang estetik, wangian mereka pasti membawa anda ke alam ketenangan.
3. 3Rituals
Reed Diffuser buatan 3Rituals direka dalam plat elektrik hiasan moden dan botol kaca jernih mempamerkan kristal yang sesuai dengan gaya dalaman dengan keanggunan, dan meningkatkan estetika mana-mana persekitaran. Hadir dengan dua wangian, abudance dan pure love, wangian ini bukan sahaja akan mengharumkan rumah anda tetapi juga cantik dijadikan hiasan.
4. Roku Scent
Roku Scent, seni ketenangan dengan reed difuser ‘寧 Ning dan 靜 Jing’ Roku Scent, di mana setiap nafas menuju ketenangan. Hadir dengan botol yang unik, pasti akan membuatkan ruangan anda kelihatan estetik.
5. Afterlight
Ubah ruang di dalam rumah anda menjadi ruang menenangkan dengan wangian reed diffuser yang menawan buatan Afterlight. Didatangkan dalam botol 50ml dan lima keping batang buluh, cukup membuatkan ruangan rumah anda berbau harum.
Baca: 9 Buku Self-Help Untuk Mengubah Hidup Anda Pada Tahun 2024