Mulut manis di laman sosial, tiba-tiba ajak berjumpa, kemudian si dia akan mempermainkan perasaan kamu. Wanita, ambil tahu taktik lelaki playboy sebelum terlambat!
Dunia dating hari ini, lelaki playboy tidak lagi hadir dengan imej jelas atau sikap terang-terangan. Mereka seperti kelihatan matang, penyayang dan tahu berkata-kata manis.
Cukup untuk membuatkan wanita rasa dihargai dan istimewa.

Namun di sebalik perhatian berlebihan dan janji yang indah, sering tersembunyi corak hubungan yang mengelirukan dan akhirnya menyakitkan.
EH! membantu anda mengenali tanda-tanda lelaki playboy sejak awal, memahami taktik mereka dalam hubungan dan yang paling penting, melindungi diri sebelum segalanya menjadi terlambat.
Love bombing di awal perkenalan
Terlalu cepat menunjukkan perhatian, pujian melampau dan ayat romantik walaupun baru kenal. Tujuannya buat anda cepat terikat secara emosi.
Ayat manis tanpa tindakan konsisten
Pandai bercakap tentang masa depan, tetapi gagal membuktikan melalui perbuatan. Janji banyak, realiti kosong.
Status hubungan yang kabur
Elak perbincangan tentang komitmen. Bila ditanya, jawapan tipikal: “ikut flow”, “tak suka label”, atau “belum masa lagi”.
Hadir bila dia mahu, hilang bila anda perlukan
Muncul bila bosan atau perlukan perhatian, tetapi menyepi bila hubungan mula serius atau anda mula bertanya soalan.
‘Test Market’
Flirt bagi lelaki playboy seperti petik jari. Mereka akan dengan cepat mendekati anda, kononnya sekadar untuk berkawan atau bergurau. Perkenalan yang belum sampai sebulan, sudah mengajak berjumpa berdua.
Kemudian, mereka akan memerangkap anda di kawasan yang tidak dikenali dengan niat melakukan perkara yang tidak baik. Sebaiknya, bersikap tegas dengan membawa teman atau kawan rapat dan elakkan terlalu mempercayai lelaki dengan cepat.
Baca: Manchild Dalam Relationship? 7 Tanda Yang Ramai Wanita Abaikan
