Teruja tapi hati gementar nak sambut artis kesayangan! Tarikh konsert dah dekat, tapi masih buntu macam mana nak hadir ke konsert buat pertama kali? Ini tip bagi anda yang bakal menonton konsert akan datang.
1. Ketahui Peraturan
Lain organiser, lain peraturan. Anda perlu memahami peraturan yang ditetapkan oleh penganjur konsert. Ada penganjur yang tegas dan ada juga yang melonggarkan peraturan. Sebagai contoh, penganjur Live Nation sangat tegas dalam menetapkan peraturan, penonton tidak dibenarkan membawa kipas tangan. Manakala Hitman Solutions membenarkan pembawaan kipas tangan.
Anda harus mengetahui peraturan penganjur sebelum menghadiri ke tempat hiburan tersebut agar anda tidak perlu mengeluarkan berpuluh-puluh ringgit untuk menyewa tempat penyimpanan barang.
2. Muat Turun Tiket Terlebih Dahulu
Screenshot atau muat turun pas masuk kerana talian internet di kawasan arena sangat lambat dan ia akan mengambil masa yang lama dalam proses kemasukan ke arena. Elakkan melakukan hal-hal yang bakal melambatkan proses kemasukan anda dan penonton lain.
3. Cara Kekalkan Bateri Telefon Bimbit
Powerbank yang besar bakal dirampas oleh pihak penganjur. Namun, anda dibenarkan untuk membawa powerbank yang dihadkan kepada 10,000mAh atau saiz yang mesra poket. Sesetengah stadium atau penganjur mungkin mempunyai sekatan berat atau saiz. Anda juga boleh membawa pengecas anda untuk digunakan pada palam elektrik di surau.
Ini bagi memudahkan anda untuk merekod memorable moment anda tanpa risau serta memastikan bateri telefon anda cukup sehingga ke detik akhir dan memastikan keselamatan anda untuk pulang.
4. Pakaian Dan Fesyen
Jika anda memilih standing area, skip kasut bertumit tinggi atau sandal. Pilih kasut yang rata dan menyokong kerana anda akan berdiri dan berjalan selama berjam-jam. Di dalam stadium atau arena, kawasan berdiri sangat padat dengan pengunjung dan ia arena akan menjadi sangat panas. Tak perlu berfesyen dengan pakaian berlapis-lapis bagi memastikan keselesaan sepanjang konsert.
5. Tip Untuk Pengunjung Solo
Rancang masa anda. Ketahui cara anda pergi ke tempat tersebut dan cara anda pulang dengan selamat sebelum anda bertolak ke arena. Pergi ke sana lebih awal bagi membantu anda mencari tempat anda, menyemak layout dan settle tanpa rasa tergesa-gesa.
Tak perlu bimbang jika anda seorang solo concert goer, ramai pengunjung lain yang datang berseorangan, anda boleh bergaul dan bina puak bagi memastikan anda selamat sepanjang konsert.
6. Tip Pergi Ke Konsert Muzik Berat
Dari One Ok Rock hingga Limp Bizkit, tahun ini tahun kedatangan penyanyi lagu berat, Pop punk, Heavy Rock, Heavy Metal dan sebagainya. Tak sah lah kalau tak join mosh pit kan? Namun, anda harus menjaga kesihatan dan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas mendatangi konsert. Jadilah pengunjung yang saling menghormati pengunjung yang lain. Mosh pit tidak wajib untuk disertai, ketahui had anda agar tiada peristiwa yang tidak diinginkan berlaku.
Ekstra : jika anda mengetahui had anda, datang awal ke arena agar dapat menikmati konsert di bahagian hadapan serta dapat menyaksikan idola anda pada jarak dekat. Selain itu, anda boleh menikmati konsert di bahagian belakang standing zone supaya anda dapat berehat atau cool down jika anda penat.

7. Hormati Pengunjung Lain
Jangan jadi pengunjung konsert yang ‘red flag’. Anda boleh menyanyi bersama tanpa menjerit lirik terus ke telinga orang di sebelah anda. Kekalkan lightstick dan kamera anda dekat dengan anda, tidak perlu melepasi batas antara penonton.
8. Nikmati Konsert
Last but not least, nikmati konsert anda. Anda tidak perlu memikirkan hal lain ketika berhibur kerana ia akan merosakkan saat anda sedang bergembira. Kerja? Siapkan kerja anda sebelum ke konsert agar dapat enjoy. Ini masa untuk anda melepaskan stres.
Artikel Berkaitan : Jung Hoyeon Kembali dengan Filem Terbaru : Hope
