Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Ketika berlangsungnya upacara Trooping the Colour pada Sabtu lalu di London, England, kelihatan keluarga kerabat Diraja, Putera William dan Kate Middleton teruja dan gembira sepanjang majlis itu kala melihat gelagat putera dan puteri mereka, Putera George dan Puteri Charlotte.
Putera George dan Puteri Charlotte tampak sungguh kagum menyaksikan persembahan warna-warni dari tentera udara ketika upacara Trooping the Colour sempena menyambut hari ulang tahun ke-90 Queen Elizabeth.
Kesemua ahli keluarga kerabat Diraja itu tampil di balkoni istana untuk menyaksikan majlis tersebut serta menyambut hari ulang tahun nenda kepada Putera William itu.
Putera William, Kate Middleton, Putera Harry, Queen Elizabeth, Putera Philip, Putera Charles dan Camilla Bowles dan ramai lagi tampil penuh bergaya mewah serta formal untuk meraikan upacara gilang-gemilang itu.
Kate tampil dengan kot Alexander McQueen dan topi Philip Treacy. Yang turut menjadi tumpuan pada hari bersejarah itu, Putera George tampil dengan persalinan ayahnya ketika Putera William masih kecil.
Puteri Charlotte pula kelihatan comel dan bergaya dengan gaun labuh berona merah jambu muda disamping ibunya. EH! kongsikan gambar kerabat Diraja Britain ketika menyaksikan upacara Trooping the Colour di bawah.