Gambar : people.com
Selebriti Hollywood popular, Gigi Hadid terpaksa menggunakan kekerasan kepada seorang peminat lelaki yang bertindak agresif kepadanya. Pada ketika itu, Gigi baru sahaja keluar dari pertunjukan fesyen Milan MaxMara.
Insiden tersebut berlaku pantas ketika model terkenal ini dikerumuni peminat-peminatnya serta media antarabangsa. Peminat fanatik dikenal pasti bernama Vitalii Sediuk yang mana sebelum ini juga pernah menyerang beberapa orang selebriti A-list lain termasuklah Kim Kardashian, Brad Pitt dan ramai lagi.
Gambar : www.newstimes.com
Menerusi Tweet yang ditulis Gigi, model popular ini menyatakan yang dia mempunyai hak untuk melawan kembali sebagai cara untuk melindungi dirinya. Insiden itu turut sempat dirakamkan oleh seorang peminat yang berada di tempat kejadian.
Boleh dilihat di dalam video tersebut, Gigi kelihatan agak marah atas kebiadapan lelaki berkenaan yang menariknya dan mengangkatnya dari belakang secara tiba-tiba. Gigi terpaksa bertindak menyiku wajahnya dan Vitalii terus melepaskannya serta berlalu pergi.
Gigi cuba untuk mengejarnya kembali, namun situasi tersebut dihalang oleh pengawal peribadinya. Teman wanita kepada Zayn Malik ini turut sempat mengarahkan pengawalnya untuk mencari lelaki berkenaan ketika dia dalam keadaan marah melangkah masuk ke dalam kereta. Mujur model terkenal ini tiada sebarang kecederaan.
EH! kongsikan video insiden tersebut di bawah.