Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Anda sedang merancang percutian untuk tahun hadapan? Apa kata kali ini anda sertakan sekali Goa, India sebagai salah satu destinasi kembara yang anda patut pergi kerana keindahan semula jadinya yang dihiasi pokok kelapa, pantai berpasir putih dan laut biru yang jernih yang juga merupakan tarikan Goa bagi ratusan ribu masyarakat tempatan dan pelancong luar.
Goa terletak di Pantai Barat India di persisiran Laut Arab. Di Goa, pantai bersih yang boleh anda pilih untuk destinasi mesti lawati adalah Calangute dan Baga kerana ianya terkenal di peringkat antarabangsa. Yang paling mengujakan lagi, kini syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia boleh merealisasikan impian percutian anda ke Goa dengan 3 kali penerbangan setiap minggu terus dari Kuala Lumpur.
Gambar: EH!
Bagi menyambut laluan baru AirAsia ini, syarikat penerbangan gergasi ini mempromosikan tambang dari Kuala Lumpur ke Goa bermula dari RM129* sehala. Ianya merupakan laluan kedua bagi AirAsia ke India bagi tahun ini. Sebelum ini AirAsia melancarkan laluan Kuala Lumpur ke Visakhapatnam pada awal tahun ini. Ini merupakan laluan ke-8 penerbangan terus dari Malaysia ke India selepas Kolkata, Chennai, Tiruchirappalli, Bengaluru, Kochi, Hyderabad dan Visakhapatnam.
Gambar: EH!
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata “Tambahan dari itu, kemasukan ke India akan menjadi lebih mudah bagi pelancong yang ingin mengunjungi India dengan pengenalan e-Visa Pelancong semasa ketibaan bagi 113 warganegara termasuk warganegara Malaysia. Kami mengalu-alukan langkah ini kerana pasti akan menggalakkan lebih ramai memilih destinasi India sebagai destinasi pelancongan mereka.”