Dalam menantikan gaya-gaya Halloween tahun ini, EH! menyorot kembali gaya bintang ternama dunia dalam kostum meraikan ketibaan Halloween.
Heidi Klum (2010)
DIa muncul dengan watak Alien sewaktu Halloween enam tahun lalu.
Heidi Klum (2011)
Tampil mengejutkan dengan penampilan ‘dead body’.
Ellen DeGeneres (2013)
Pengacara popular ini cuba meniru gaya Nicki Minaj.
Heidi Klum (2013)
Muncul sebagai wanita tua. Solekan efek ini pasti mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Beyonce & Blu Ivy (2014)
Dua beranak ini menjelma sebagai janet Jackson dan Michael Jackson.
Joe Jonas (2014)
Joe Jonas meniru gaya watak Ben Stiller dalam filem Zoolander.
Rihanna (2014)
Rihanna menjelma sebagai Ninja Turtle dua tahun lalu.
Gigi Hadid (2015)
Supermodel era baru ini menjelma bagaikan Sandy, watak daripada filem Grease.
Heidi Klum (2015)
Heidi saban tahun tampil dengan penampilan yang mengejutkan, dan tahun lalu dia menjelma sebagai Jessica Rabbit.
Katy Perry (2015)
Bintang pop ini tampil mencuit hati dengan kostum mikrofon.
Kelly Ripa (2015)
Kelly menjelma sebagai Donald Trump sempena Halloween tahun lalu.
Kendall Jenner & Cara Delevigne (2015)
Tidak terlalu beriya, dua model ini memilih menjadi Mario dan Luigi.
Ellen Degeneres (2015)
Selepas menjadi nicki Minaj, tahun berikutnya Ellen mencipta watak baru dalam kelaurga Kardashian.
The Rock (2015)
Sesuai dengan bentuk fizikalnya, The Rock tampil dengan watak kartun popular Popeye.
Tyra Banks (2015)
Brilliant! Tyra banks muncul sebagai Richard Branson tahun lalu.