Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Twitter Pottermore
Gambar : Twitter Pottermore
Saban tahun peminat filem dan buku bersiri magis menanti sambungan buat filem dan buku terakhir Harry Potter sebelum ini yang berjudul Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.
Kini, penulis buat buku bestseller itu, J.K. Rowling bersedia untuk kongsikan sambungan buat buku bersiri kegemaran ramai itu. Namun, ia bukanlah berbentuk sebuah buku atau novel, tetapi kali ini ia hadir dalam sebuah teater.
Buat peminat buku bersiri Harry Potter, berikut adalah perkara yang patut anda tahu tentang Harry Potter and the Cursed Child.
1. Harry Potter and the Cursed Child sebuah teater, bukan novel.
Buku Cursed Child yang akan dilancarkan pada 31 Julai nanti sebenarnya bukanlah berbentuk sebuah novel seperti siri Harry Potter sebelum ini. Namun ia adalah buku yang mengandungi skrip dan idea dari J.K. Rowling yang ingin mengembangkan pengaruh Harry Potter. Ia akan terbahagi kepada dua bahagian, satu dan dua. Buku skrip tersebut akan mendedahkan tentang bagaimana kehidupan Harry selepas berjaya melawan Voldemort.
2. Cursed Child dilahirkan dari idea J.K.Rowling, tetapi tidak ditulis olehnya.
Walaupun J.K.Rowling bersama-sama menjayakan projek ini sepenuhnya, namun individu yang bertanggungjawab menulis segala skrip teater itu adalah Jack Thorne dengan bantuan Rowling dan pengarah teater tersebut, John Tiffany.
3. Teater ini menggambarkan sambungan setelah 19 tahun berlalu dari novel terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows.
Pementasan teater Cursed Child bakal menunjukkan sambungan dimana Harry dan isterinya, Ginny Weasley menghantar anak mereka, Albus yang berusia 11 tahun berlepas menaiki tren di platform 9 dan 3/4 yang ingin menuju ke Hogwarts untuk tahun pertamanya. Ramai peminat yang tertanya apakah Albus akan dimasukkan ke dalam kumpulan Gryffindor atau Slytheryn.
4. Plot Cursed Child akan memfokuskan sekitar kehidupan Harry yang sibuk bekerja dan anaknya, Albus Severus yang mana masing-masing berusaha untuk menyambung legasi Potter.
Selepas 19 tahun menewaskan Voldemort, Harry kini berkehidupan seperti orang lain iaitu seorang pegawai kerajaan yang sibuk bekerja. Penceritaan Cursed Child akan menunjukkan yang mana Harry berusaha sedaya upaya dibawah tekanan kerja sebagai seorang Auror, seakan detektif di Wizarding World dan dalam masa yang sama menjadi seorang bapa kepada tiga cahaya mata.
Albus Severus dinamakan berasaskan nama Dumbledore dan profesor Snape. Albus juga berusaha dengan tekanan hidup yang pernah dilalui bapanya dulu dan serta-merta dibawah legasi tinggalan bapanya ketika di Hogwarts. Teater berkenaan juga akan menunjukkan bagaimana kehidupan terkini Voldemort untuk Wizarding World setelah 19 tahun tewas di Battle of Hogwarts.
5. Teater bakal dipentaskan secara rasmi serentak bersama buku skrip pada 31 Julai ini.
Sebenarnya jangkaan untuk sambungan buku kelapan Harry Potter ini sudah pun bermula sejak beberapa bulan lalu. Teater ini juga dikatakan mendapat reviu baik kerana menjadi satu kejutan yang tidak diduga. Pelakon yang bakal melakonkan watak Hermoine adalah Noma Dumezweni.
6. Kesemua watak kegemaran dalam Harry Potter dikekalkan.
Teater ini bukan hanya memfokuskan pada kehidupan Harry dan Albus, malah juga tentang Ron, Hermione dan juga Draco Malfoy. Semua watak utama dalam siri Harry Potter ini kini sudah pun mempunyai anak yang turut serta menuju ke Hogwarts dan akan ditampilkan ketika di teater tersebut.
Jom lihat gambar terkini watak-watak utama Harry Potter setelah 19 tahun berlalu.