Oleh : Farhana Fuad
Gambar : FashionValet
Gambar : Instagram Yuna
Hatta Dolmat dan Yunalis Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna berjaya melancarkan koleksi pakaian kolaborasi mereka dengan kerjasama stor online terkenal, FashionValet.
Lima tahun menjalin persahabatan antara Hatta dan Yuna membuatkan dirinya yakin dengan pereka fesyen tempatan ini.
“Sebelum ini, setiap kali saya mengadakan persembahan, Hatta antara pereka yang menyediakan pakaian. Saya sudah serasi dengannya.” ujar penyanyi lagu Crush ini kepada BH Online.
Koleksi mereka ini dinamakan Nouva Flora yang mana membawa karakter feminin, edgy dan vibrant ke dalam setiap helaian. Nouva Flora bermotifkan flora yang bermain dengan rona vivid.
Antara ceraian fesyen yang hadir dalam koleksi ini adalah skirt maxi, bomber jacket dan top bermaterialkan kain chiffon dengan rona terang.
“Bagi menghasilkan koleksi bertemakan Nouva Flora ini, kami banyak berbincang dan saling bertukar-tukar idea. Saya sendiri sangat gembira dengan hasilnya,” ujar Yuna.
Ketika pelancaran koleksi kolaborasi ini, Yuna turut membuat persembahan dengan lagu single terbarunya yang bertajuk ‘Pulang’ bersama rapper terkenal, SonaOne.
Koleksi Hatta Yuna ini boleh didapati di laman web FashionValet dengan harga bermula RM249 ke RM490. Ia hadir dengan saiz bermula dari S hingga L.
EH! kongsikan gambar koleksi fesyen kolaborasi FashionValet dan HattaYuna.