Gambar: Lenswork Studio
Apa tip pereka dalam pemilihan fabrik dan siluet busana kahwin anda?
1) “Perkara pertama yang perlu di ambil berat sebelum memilih siluet dan fabrik gaun pengantin adalah pemahaman tentang bentuk badan pengantin itu sendiri. Perkara kedua mestilah sesuai dengan personaliti si pemakai. Sekirannya anda bukan dari kelompok penggaya feminin, elakkan dari meilih rekaan flowy atau too sweet. Perkara ketiga, rekaan mesti sesuai dengan tema perkahwinan. Seterusnya, yang paling utama perlu diingati bahawa perkahwinan adalah majlis meraikan satu hubungan cinta. So, it must be reflected from your heart and come out from love. Remember it is not a showcase. Chill and enjoy your wedding day!.” – Syomir Izwa
2) “Sutera sifon, sutera krep dan sutera satin adalah fabrik yang sesuai untuk pengantin. Dan Mimpikita juga cenderung kepada siluet duyung yakni sesuai dengan potongan badan jam pasir, juga bagi yang mahu menyerlah lekuk tubuh. Potongan trumpet pula sempurna pabila digayakan oleh gadis tinggi lampai. Siluet sheath ideal untuk si rangka lean seperti petite.”– MimpiKita
3) “Jika pilihan anda untuk tampil manis dan dreamy, pilih fabrik seperti sutera sifon manakala untuk tampil lebih moden, fabrik tafeta atau duchess adalah sangat sempurna. Bagi potongan pulam untuk majlis resepsi, potongan hourglass( jam pasir) lebih klasik dan mampu memberi ilusi tubuh badan yang tinggi. Potongan semi fitting kurung pula untuk tampil lebih sopan kala majlis pernikahan.” – Arene Khairudin, Innai Red.
Dapatkan ilham rekaan hebat dari pereka ternama Malaysia dalam edisi perkahwinan EH! Jun 2014.