4. Kylie Jenner (375 Juta Pengikut)
Merupakan usahawan bilion di sebalik jenama wanita popular, antaranya Kylie Cosmetics, Kylie Skin, Kylie Swim, Kylie Baby dan banyak lagi, Kylie Jenner berjaya meletakkan namanya di dalam senarai Forbes 30 Under 30 —Hall of Fame, 2022. Selain itu, Kylie juga merupakan wanita pertama yang memecahkan rekod dengan memiliki 375 juta pengikut di Instagram.