Minggu ini berlangsungnya Majlis Konvokesyen di seluruh universiti Malaysia, mengingatkan EH! akan 10 jelitawan artis Malaysia ini yang juga mempunyai pendidikan tinggi, a.k.a beauty & handsome with brain.
Memiliki rupawan yang jelita, kacak dan personaliti yang menarik bukanlah pandangan masa kini. Siapa kata selebriti tidak boleh cantik dan bijak dalam masa yang sama? Terbukti selebriti masa kini, lebih mengimbangkan kerjaya dan pendidikan dalam kehidupan mereka. Gelaran selebriti bukanlah gelaran yang akan kekal selamanya. Di platform media sosial mereka, mereka sentiasa bijak memikat perhatian peminat dengan keindahan dunia selebriti mereka. Namun, disebalik kepadatan jadual sepanjang bergelar selebriti, 10 selebriti ini gigih menamatkan pendidikan mereka dalam masa yang sama.