1. Farisha Iris
Farisha Iris bukan sekadar dikenali sebagai seorang penyanyi muda berbakat di Malaysia, tetapi beliau juga merupakan simbol kecemerlangan akademik di kalangan selebriti tempatan. Dilahirkan pada 25 April 1999 di Selangor, Farisha mula menempah nama dalam industri hiburan sejak usia kanak-kanak menerusi rancangan realiti seperti Idola Kecil dan Ceria Popstar. Bakatnya yang menyerlah membawanya ke pentas Big Stage musim ketiga pada tahun 2020.
Namun, apa yang lebih membanggakan ialah kejayaan Farisha dalam bidang akademik. Beliau memulakan pengajian tinggi dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Alor Gajah, Melaka, sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam di UiTM Shah Alam. Tidak terhenti di situ, pada Januari 2024, Farisha telah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana (Master’s Degree) dalam Komunikasi Massa, juga dari UiTM.