Anne Heche, 53
Anne mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem dan rancangan televisyen sejak tahun 90-an. Dia terkenal dengan watak sampingan dalam filem Donnie Brasco, Volcano dan I Know What You Did Last Summer sebelum menyandang peranan utama dalam Six Days Seven Nights di samping Harrison Ford antaranya. Anne disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos hanya selepas seminggu merempuh sebuah rumah di Mar Vista, California ketika memandu yang menyebabkan tubuhnya melecur teruk.
