Oleh: Mujahid Saddam
Pasangan selebriti yang sama cantik sama padan sering jadi perhatian. Ditambah pula dengan stail gaya menawan menjadikan mereka dipuja ramai. EH! senaraikan 10 celebrity gorgeous couples pilihan.
1. David & Victoria Beckham
Bertemu di padang bola sempena perlawanan amal, David kemudiannya mengambil inisiatif untuk mengajak Victoria bertemu janji. Status mereka berdua sebagai pemain bola terkenal serta ahli kumpulan Spice Girls menjadikan pasangan ini sering diburu media. Berkahwin pada tahun 1999 dan kini dikurniakan 4 orang anak, kedudukan mereka sebagai power couple tidak pernah pudar.
2. Angelina Jolie & Brad Pitt
Gambar: Archive
Pasangan emas ini menggegarkan dunia sewaktu mula menjalin hubungan pada tahun 2005. Digelar Brangelina, mereka ibarat pasangan diraja Hollywood yang sering dinantikan kemunculan.
3. Lisa Surihani & Yusry
Gambar: Instagram Lisa Surihani
Melangsungkan perkahwinan pada Februari 2012, bait manis kehidupan pasangan cantik ini sememangnya boleh membuatkan orang tersenyum melihat.
4. Leighton Meester & Adam Brody
Seakan memenuhi fantasi peminat televisyen apabila pasangan ini bercinta dan kemudiannya berkahwin pada awal tahun ini. Leighton yang terkenal dengan drama siri Gossip Girl manakala Adam pula menerusi siri The O.C membuatkan peminat sering mengungkap “when Blair Waldorf meet Seth Cohen”, berdasarkan karakter drama bersiri mereka.
5. Channing Tatum & Jenna Dewan
Gambar: TPGVIP
Pasangan ini bertemu di set filem Step Up pada tahun 2006 dan menjalin cinta selepas tamat pengambaran. Mereka berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan anak perempuan pertengahan tahun lepas. Channing yang pernah digelar Sexiet Man Alive serta Jenna yang terkenal dengan kecantikannya menjadikan mereka antara gorgeous couples Hollywood.
6. Jennifer Aniston & Justin Theroux
Gambar: TPGVIP
Merupakan antara Hollywood favorite couple, pasangan ini bercinta pada tahun 2011 selepas bertemu di set filem Wanderlust. Mereka kemudiannya bertunang setahun selepas itu.
7. Fergie & Josh Duhamel
Gambar: TPGVIP
Pabila pop star bertemu pelakon hangat. Mereka mula bertemu pada tahun 2004 sewaktu Fergie muncul dalam drama bersiri lakonan Josh iaitu Las Vegas. Mereka kemudian berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan anak lelaki pada tahun lepas.
8. Diana Danielle & Farid Kamil
Gambar: Instagram Farid Kamil
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2012 ini kini dikurniakan anak lelaki comel Muhammad.
9. Blake Lively & Ryan Reynolds
Gambar: TPGVIP
Mula bertemu sewaktu di set filem Green Lantern, pasangan ini menjalin hubungan cinta setahun selepas itu. Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 2012.
10. Awal Ashaari & Scha Alyahya
Gambar: Instagram Scha Alyahya
Bernikah pada tahun 2012, pasangan penuh gaya ini baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung mereka beberapa bulan yang lalu.