Lagu Umbrella bukan ditulis khas untuk Rihanna.
Menurut Vice, lagu hit itu pada awalnya ditulis untuk Britney Spears namun dia menolak tawaran itu. Ia kemudiannya ditawarkan kepada Mary J. Blige dan Def Jam Records. Perjanjian dengan Blige tidak mencapai kata sepakat, justeru syarikat rakaman membeli lagu tersebut dan diberikan kepada Rihanna.
Menjadi wanita pertama yang melancarkan rangkaian fesyen untuk LVMH.
Pada 2019, Rihanna menjadi wanita pertama yang melancarkan rangkaian fesyen asli bersama rumah fesyen mewah LVMH, Moet Hennessy Louis Vuitton.