Tidak dibenarkan memakai solekan ketika membesar.
Walaupun kini bergelar mogul kecantikan, Rihanna mendedahkan dia tidak dibenarkan merias wajah ketika membesar. “Ibu saya seorang wanita yang sangat tegas. Saya tidak dibenarkan bersolek,” katanya kepada InStyle pada 2017. Dia mengakui, minatnya terhadap kecantikan timbul apabila melihat ibunya bekerja di kaunter kecantikan sewaktu dia masih kecil.
Terkenal dengan kerja-kerja kebajikan.
Rihanna memenangi anugerah Harvard Humanitarian of the Year pada 2017 untuk khidmat dan kerja-kerja amal yang dilakukannya sejak sedekad lalu.
Selain terlibat dalam beberapa pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan seperti Clara Lionel Foundation, dia menganjurkan acara amal glamor yang sangat berjaya setiap tahun, Diamond Ball. Terbaharu, yayasan miliknya ini memberi sumbangan sebanyak RM20 juta sebagai bantuan pandemik Covid-19.
Foto: Google
Baca: 15 Perkara Anda Mungkin Belum Tahu Mengenai Harry Styles