Dua bintang Korea, Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon berkongsi pengalaman ‘gila’ ketika penggambaran siri drama terbaharu, “Bad and Crazy” yang bakal disiarkan pada 17 Disember 2021 di Malaysia, secara eksklusif melalui laman penstriman, iQiyi.
Antara siri yang dinanti-nantikan peminat K-drama di seluruh dunia, “Bad and Crazy” bakal menutup tirai 2021 dengan tayangan perdana pada 17 Disember 2021. Dua bintang Korea, Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon berkongsi pengalaman ‘gila’ mereka ketika penggambaran siri drama terbaharu ini yang bakal disiarkan secara eksklusif melalui laman penstriman, iQiyi.
Ketika sesi sidang media yang dijalankan, barisan pelakon siri ini termasuklah Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon, serta Han Ji-eun juga Cha Hak-yeon sempat mendedahkan rahsia di sebalik tabir penggambaran “Bad and Crazy”. Mereka juga berkongsi pandangan mereka tentang watak masing-masing, juga aspek keserasian di antara mereka di set penggambaran.
“Bad and Crazy” menampilkan watak Ryu Su-yeol lakonan Lee Dong-wook, seorang inspektor polis yang bercita-cita tinggi, manakala Wi Ha-joon pula membawa watak ‘K’ iaitu seorang pemuda yang gila-gila tetapi berpegang kepada etika dan berani untuk menegakkan kebenaran. Han Ji-eun pula memegang watak Lee Hui-gyeom yang merupakan seorang pegawai narkotik yang panas baran, bernai dan mahir bertumbuk, dan Cha Hak-yeon sebagai pegawai polis muda yang baik hati dan berani bersama O Gyeong-tae.
Berikut adalah 10 perkara menarik mengenai siri “Bad and Crazy”:
1. Lee Dong-wook berkata dia tidak menjalani latihan khas sebagai persiapan untuk penggambaran siri terbaharu ini.
2. Lee Dong-wook memuji Wi Ha-joon dengan memberikannya gelaran “pelakon aksi Korea yang terbaik” kerana memahami selok-belok penggambaran aksi dengan mendalam, selain menyatakan bahawa penggambaran aksi adalah satu “perang melawan kepenatan”.
Baca lebih lanjut: ‘The Power of the Dog’, ‘Belfast’ Dan ‘Squid Game’ Ungguli Nominasi Anugerah Golden Globe Ke-79