Bintang Captain America, Chris Evans dinobatkan sebagai Sexiest Man Alive 2022 oleh majalah People beberapa hari lalu.
Memulakan kerjaya lakonan secara rasmi pada 1997 menerusi filem pendidikan Biodiversity: Wild About Life!, nama Chris hanya dikenali selepas membintangi siri televisyen Opposite Sex pada tahun 2000.
Popularitinya terus melonjak menerusi kerjasama dengan Marvel Cinematic Universe dan baru-baru ini meraih pujian hebat selepas menggalas watak villain dalam filem Netflix, The Gray Man di samping Ryan Gosling.
EH! kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Chris yang tidak diketahui ramai.
