Dengan menjadikan filem Adiwiraku sebagai Filem Terbaik di FFM29, yang turut merangkul kemenangan dan mencuri tumpuan ramai adalah pelakon wanita filem tersebut iaitu Sangeeta Krishnasamy.
Sabtu lalu telah berlangsungnya anugerah Festival Filem Malaysia (FFM29) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Anugerah gilang-gemilang ini dihoskan oleh pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak serta digandingkan bersama Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian para karyawan industri dan menjulang karya filem berkualiti di Malaysia.
Antara pemenang yang berjaya menarik perhatian adalah Sangeeta Krishnasamy yang berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya sebagai cikgu Cheryl Ann Fernando.
Selain itu, Sangeeta juga telah berjaya memenangi hati rakyat Malaysia menerusi lakonannya dalam filem Adiwira. EH! senaraikan 10 fakta mengenai pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy.