Selepas kemenangan pertamanya di Golden Globes, Tan Sri Datuk Michelle Yeoh sekali lagi menempah nama di pentas Hollywood apabila namanya tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar.
Michelle Yeoh sekali lagi membanggakan negara Malaysia apabila namanya tersenarai dalam penerima anugerah berprestij Hollywood, Oscar tahun ini. Kemenangan yang terbayar selepas hampir 40 tahun dalam industri seni kini mulai menyirami Yeoh dengan tuah yang diraihnya pada malam anugerah Golden Globes lalu.
Berasal dari Ipoh dan kini berusia 60 tahun, ini merupakan kali pertama namanya tercalon dalam senarai anugerah pencalonan Oscar dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam Everything Everywhere All At Once. Pengumuman itu dibuat semalam di Teater Samuel Goldwyn di Beverly Hills, California di mana pelakon Riz Ahmed dan Alison Williams menganjurkan acara strim langsung itu.
Everything Everywhere All At Once memasuki ‘perlumbaan’ Oscar dengan 11 pencalonan penuh, termasuk anugerah Gambar Terbaik dan Pengarah Terbaik. Mungkinkah tuah Tan Sri Datuk Michelle Yeoh dalam Oscar terjadi seperti Golden Globes? Mari semak kembali sepuluh filem terbaik Michelle Yeoh menurut rotten tomatoes: