Dari ‘Black Panther’ kepada ‘Devil Wears Prada’ dan ‘Pretty Woman’, EH! membariskan 10 filem yang paling fashionable bersempena dengan pelancaran filem ‘Cruella’ di Disney+ Hotstar.
Muzik dan fesyen tidak boleh dipisahkan, Tidak dilupakan, filem-filem juga sentiasa memberikan inspirasi fesyen yang tersendiri. Dari kostum klasik fantasi kepada ilham budaya bangsa, setiap filem memberikan gambaran sebenar untuk menghidupkan setiap adegan dengan berjaya. Bersempena dengan pelancaran filem ‘Cruella’ di Disney+ Hotstar, EH! memberiskan 10 filem yang paling fashionable yang anda boleh tonton terus dari rumah:
Cruella
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan awal legenda fesyen yang kejam, Cruella de Vil. Berlatarkan kota London pada era punk rock 1970an, ia mengikuti gadis bersama Estelle Miller yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen. Satu hari, bakatnya menarik perhatian Baroness von Hellman yang merupakan legenda fesyen yang chic. Pertemuan tersebut adalah titik mula kepada karakter ikonik Cruella, yang kelihatan penuh bergaya sepanjang filem.
Pelakon utama: Emma Stone dan Emma Thompson
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Baharu Sepanjang September 2021