Black Panther
Wakanda Forever! Filem Marvel Cinematic Universe ke-18 ini sudah pasti yang paling fashionable dan menjadi fenomena di seluruh dunia. Selepas kematian bapanya, T’Challa kembali ke negara Wakanda untuk menjadi raja. Apabila musuh tiba-tiba muncul, dia selaku Black Panther perlu menyelamatkan rakyat dan negaranya sebelum memberi kesan kepada dunia. Setiap kostum yang digayakan berinspirasikan daripada pelbagai suku kaum Afrika yang cukup mengagumkan penuh tradisi dan warna. Lantas, ia menjadi filem Marvel pertama yang memenangi kategori Desain Kostum Terbaik di Anugerah Oscar.
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira dan Angela Bassett
Baca lebih lanjut: 5 Puteri Raja Yang Bakal Menjadi Ratu Satu Hari Nanti