Summer of Soul (…Or, When the Revolution Could Not Be Televised)
Sebuah dokumentari yang sangat berpengaruh dalam mempersembahkan peristiwa-peristiwa utama buat bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat. Dirakamkan selama enam minggu pada 1969 di Mount Morris Park bersempena dengan The Harlem Cultural Festival. Selain memaparkan klip-klip yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini, penonton juga dapat melihat sendiri kebudayaan, muzik dan cara pemakaian bangsa kulit hitam pada era tersebut.
Penampilan utama: Stevie Wonder, Nina Simone, Sly & the Family Stone, Gladys Knight & the Pips, Ray Baretto, Abbey Lincoln & Max Roach dan ramai lagi.
Baca lebih lanjut: “No Shame in Being Vain.” – Marc Jacobs Kongsi Pengalaman Pembedahan Plastik Di Media Sosial