Cinderella
Filem fantasi romantik arahan Kenneth Branagh ini diadaptasikan daripada filem animasi Disney pada 1950. Antara momen fesyen yang mencuri perhatian ketika Cinderella menggayakan gaun malam berwarna biru ke majlis tari menari. Gaun tersebut dihasilkan dengan lebih 12 lapisan fabrik bersama korset dan kain dalam. Sebanyak sembilan versi gaun dihasilkan, dan setiap satunya menggunakan lebih 10,000 butir kristal. Ia turut menerima pencalonan untuk kategori Desain Kostum Terbaik di Anugerah Oscars, Critics’ Choice Awards dan BAFTA.
Pelakon utama: Lily James, Cate Blanchett, Richard Madden dan Helena Bonham Carter.
Baca lebih lanjut: Dari Mimpikita ke Pandora, 5 Koleksi Ultimate Princess Celebration Perlu Dimiliki Peminat Disney