1. Ikmal Amry
Dalam barisan selebriti lelaki yang kekal relevan dan digilai ramai meskipun sudah bergelar bapa, nama Ikmal Amry pasti berada di tangga teratas. Mewarisi pesona dari dunia peragaan dan lakonan, beliau tidak sekadar memikat kerana rupa parasnya yang kacak, tetapi juga kerana sifatnya yang matang, bertanggungjawab, dan kekal aktif dalam menjaga kesihatan dan fizikal.
Bermula sebagai finalis Hero Remaja 2017/18, langkah Ikmal di dalam industri seni mula mendapat perhatian apabila membintangi pelbagai drama popular seperti Gantung The Series, Syurgaku Tak Sempurna dan From Saga With Love. Sejak mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Najla Shamsul, pada Disember 2020, kehidupan Ikmal berubah secara total. Kehadiran cahaya mata sulung mereka membuka sisi baharu dalam diri pelakon ini.
Ketika isterinya hamil anak kedua, Ikmal pernah mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya seketika demi memberi sepenuh perhatian kepada keluarga tercinta. Jarang kita melihat selebriti lelaki yang sanggup membuat keputusan sebegitu berjiwa besar.