AMAR BAHARIN
Suami kepada aktres jelita, Amyra Rosli ini juga prihatin dengan penampilan. Masih ditawarkan watak-watak utama di dalam telemovie dan siri drama, Amar dilihat rajin meluangkan masa di gimnasium. Malah sewaktu PKP, dia masih berdisiplin melakukan aktiviti kecergasan di luar. Perkahwinannya dengan Amyra Rosli telah mengurniakan mereka sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.