Tahun 2025 menyaksikan dunia muzik tempatan terus berkembang dengan warna baharu, nostalgia yang kembali menjadi kegilaan, serta lagu-lagu segar yang membalut emosi pendengar Malaysia.
Dalam landskap muzik tempatan yang sentiasa berubah, tahun 2025 hadir dengan gelombang emosi baharu yang semakin ke hadapan. Spotify menjadi pentas utama di mana jutaan pendengar di Malaysia memilih lagu yang paling dekat di hati, dan daripada ribuan rilisan, berikut EH! senaraikan sepuluh lagu tempatan paling banyak distrim tahun ini menurut spotify.
1. Hati Yang Rindu — Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Ratu Pop Malaysia kekal di takhta. Vokal ikonik Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadikan lagu ini antara paling banyak distrim, membuktikan kehebatannya merentas generasi.

2. Seperti Dulu — Insomniacks
Melodi nostalgik dan lirik yang simple menjadikan Seperti Dulu pilihan dalam playlist generasi kini.

3. Termeterai — Hyper Act
Rock-ballad penuh energi. Hyper Act meneruskan reputasi mereka dengan lagu yang terus memuncak dalam carta.

4. Seni Berdamai Dengan Takdir — Naim Daniel & Adnin Roslan
Kolaborasi yang puitis dan penuh jiwa. Lagu ini membawa pendengar menyelam emosi dari mula hingga akhir.

5. Sembilu — Ella
Sembilu kembali tular di Spotify dan TikTok meskipun lagu ini sudah berusia lebih dua dekad.

6. Menjaga Jodoh Orang Lain — Ara Johari
Relatable, pedih, dan bertenaga. Balada moden ini terus menjadi pilihan bagi pencinta lagu ‘move on’.

7. Nirmala — Noh Salleh
Gaya indie-pop Noh yang matang menjadikan Nirmala sebagai anthem tenang yang digemari ramai.

8. Saksi — Sufian Suhaimi
Lirik yang meruntun memastikan Saksi kekal tinggi dalam senarai distrim.

9. Begini Jadinya — Masdo
Retro-pop 60-an yang segar dan fun. Begini Jadinya berjaya menguasai carta sepanjang tahun 2025.

10. Terus Bersinar — Hafiz Suip
Vokal emas Hafiz kembali menyerlah. Lagu Terus Bersinar menjadi penutup manis dalam carta 2025.

Artikel Berkaitan: Curang? Ini 10 Lagu Terbaik Tentang Pengkhianatan Cinta
