Kerjaya sebagai seorang model sememangnya dianggap mudah, sedangkan ia memerlukan banyak aspek yang perlu dipelajari termasuklah gaya, penampilan, serta mempunyai aura tersendiri.
Rata-rata mereka yang menjadikan bakat permodelan sebagai satu sumber rezeki atau kerjaya buat kehidupan. Boleh kata ramai model bertungkus lumus dalam menguasai ilmu peragaan dan penampilan.
Ini kerana semestinya kerjaya ini memerlukan tahap profesional dan kebolehan seseorang model itu dan dari pengalaman yang terbina, pendapatan mereka akan mula meningkat naik dari semasa ke semasa.
Seperti mana kita lihat model-model antarabangsa yang sudah cukup terkenal antaranya seperti Miranda Kerr, Cara Delevigne dan ramai lagi, masing-masing sudah mempunyai pendapatan yang cukup tinggi di dunia dek kerana bakat dan pengalaman yang mereka ada.
EH! himpunkan 10 model popular dengan bayaran tertinggi di dunia untuk pengetahuan anda.