EH! mengimbas kembali momen paling bahagia pasangan sensasi Kim Kardashian dan Kanye West sebelum mereka menoktahkan perkahwinan yang dibina pada tahun 2014.
Kim Kardashian akhirnya memfailkan perceraian Jumaat lalu (19 Februari 2020) dan secara rasminya menjawab segala khabar angin tentang terlerainya hubungan yang terjalin sejak tahun 2012. Tanda pagar #WorldsMostTalkedAboutCouple yang pernah diberikan oleh majalah Vogue Amerika kepada pasangan masyhur ini ternyata punah dengan berita perpisahan ini. Kim mula bertemu dengan Kanye pada tahun 2003, ketika itu Kim adalah pembantu kepada penyanyi Brandy.
Klik butang ‘NEXT’ di atas untuk melihat 10 momen paling bahagia Kim Kardashian dan Kanye West sebelum mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
LOVE IS IN THE AIR
Antara foto terawal yang dikongsikan Kim Kardashian saat dia dan Kanye West mula berpacaran. Gambar ini diambil pada 12 Mei 2012 sewaktu kedua-duanya datang menonton perlawanan bola keranjang di Staples Center, Los Angeles dua tahun sebelum mereka mendirikan rumahtangga.