MENGHIASI MUKA DEPAN VOGUE
Sebulan sebelum majlis perkahwinan mereka, Kim dan Kanye muncul di muka hadapan majalah Vogue Amerika edisi April 2014 dengan tanda pagar #WorldsMostTalkedAboutCouple. Tubuh Kim dibaluti gaun kembang putih gading Lanvin manakala Kanye pula menyarung sut Saint laurent. Pemilihan Kim sebagai muka depan Vogue turut mengundang cemuhan memandangkan reputasi buruknya sebelum ini termasuklah mempunya rakaman video seks. Anak sulung mereka North West turut muncul di halaman majalah tersebut yang mana fotonya dirakamkan oleh jurugambar legenda, Annie Leibovitz.