PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG
Tidak lengkap senarai ini jika tiada momen paling bersejarah buat pasangan terkenal ini, yakni majlis perkahwinan mereka pada 24 Mei 2014. Majlis perkahwinan tersebut dilangsungkan dengan cukup gemilang, yang mana mereka mengadakan majlis makan malam di Paris dan keesokannya melangsungkan perkahwinan di Forte di Belvedere, Florence, Itali. Kim menyarung gaun renda Givenchy hasil rekaan pereka kesayangannya Ricardo Tisci. Khabarnya gaun perkahwinannya itu berharga US$500,000. Sehari selepas itu Kim membuat pengumuman nama baharunya ‘Kim Kardashian West’ di Instagram.