Berbakat sejak usia muda, petah bercakap, berwatakkan matang dan comel di hadapan kamera, figura muda berbakat ini terus bersinar dan menjadi pelapis bintang masa depan Malaysia.
Ada yang bermula sejak bayi, ada juga pelakon kanak-kanak yang melonjak naik menerusi watak ikonik yang tular di kaca televisyen dan media sosial.
Dengan wajah polos, bakat semula jadi dan kemampuan menyampaikan watak yang menyentuh hati, generasi pelakon cilik hari ini berjaya mencuri perhatian penonton serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bersinar.
“Ready, set, camera, action”, ini senarai pelakon kanak-kanak cilik dan popular di Malaysia.

Aedy Ashraf
Memulakan kerjaya seni seawal usia 7 tahun sekitar tahun 2000-an, anak kepada pelakon veteran Liza Zain ini mula dikenali melalui filem Jutawan Fakir (2003) dan selalu memegang watak seorang ‘hero heroin’ di kebanyakkan filem dan drama kanak-kanak .

Bella Dowanna
Bella Dowanna, atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon dan model kanak-kanak seawal usia enam tahun melalui iklan komersial. Lakonan pertamanya pada usia sembilan tahun menerusi drama Begitulah Sayang arahan Ahmad Idham.

Fimie Don
Seawal usia lima tahun sekitar tahun 2003 dan merupakan sepupu kepada pelakon Nik Adruce, sejak kecil, bakatnya sudah terserlah menerusi drama Hikayat Putera Shazlan yang popular sekitar 10 tahun lalu. Selain drama, lakonan awalnya dalam filem Magika (2010) sebagai watak Malik turut menjadi titik penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai pelakon.

Puteri Balqis
Puteri Balqis memulakan kerjaya seni sebagai pelakon kanak-kanak seawal usia dua tahun. Popularitinya terus melonjak menerusi drama ikonik Akulah Balqis (2015), diikuti lakonan dalam filem aksi KL Special Force (2018). Kejayaan tersebut melayakkan Puteri Balqis meraih kemenangan besar di Anugerah Skrin ke-18 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama.

Sweet Qismina
Beliau mendapat perhatian menerusi watak lakonannya sebagai Fasha menerusi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan, Sweet Qismina kini antara pelakon versatil dan penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem bagi FFM34, Aktres Filem Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN.

Rykarl Iskandar
Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak usia kanak-kanak, sekitar lima tahun pada tahun 2003, Rykarl membuktikan bakat digilap sejak kecil mampu meraih anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-26.

Naim Daniel
Memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon kanak-kanak seawal usia 11 tahun sebelum menempa nama sebagai penyanyi menerusi lagu-lagu galau di media sosial. Kini Naim lebih fokus kerjaya nyanyianya, dan memenangi AJL34 dengan lagu “Sumpah”.

Eyka Farhana
Eyka Farhana memulakan kerjaya seni pada tahun 2010 pada usia 15 tahun, dengan hasrat membantu keluarga. Beliau dikenali menerusi watak tambahan dalam drama Gemilang, disusuli populariti melalui drama Juvana dan Ema Emyliana dan kini terkenal sebagai wajah ikon fesyen dan kecantikan Malaysia.

Fatin Afeefa
Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf. Sejak itu, beliau menjadi perhatian utama sehingga ke alam perkahwinan bersama seorang lelaki bernama Aliff Awang yang merupakan seorang usahawan muda yang dikenali sebagai opai.

Amelia Henderson
Antara wajah cilik untuk iklan komersial sekitar tahun 90an sehingga 20an, Amelia Thripura Henderson mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun! Beliau juga merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.
